Spiga

Pemasaran Online VS Offline

Minta maaf sebab dah lama tak post artikel. Banyak sangat blog sampai tak tahu mana satu nak cope. Post ni akan membincangkan mengenai pemasaran online jika dibandingkan offline. Selalunya, para peniaga di internet yang memiliki bajet yang kurang, gemar membuat pengiklanan secara online kerana memang pada teorinya, pemasaran jenis ini adalah efektif. Namun begitu, bila masakah pemasaran secara offline dapat menjadi lebih efektif daripada pemasaran secara online? Mari kita bincangkan.

Sebagai langkah awal, kenal pasti perniagaan anda. Adakah perniagaan anda untuk peingkat global ataupun lokal? Selalunya, anda akan disarankan untuk membuat pemasaran di internet jika produk anda adalaha untuk peringkat global. Bukan sahaja harganya yang berpatutan, malah jumlah pautan pelawat turut luas. Jadi, amat sesuailah jika anda melakukan pemasaran online bagi penjualan produk di eringkat global.

Bagaimana pula pemasaran bagi peringkat lokal? Bagi peringkat lokal, pemasaran secara offline adalah digalakkan. Memang harganya agak tinggi. Namun begitu, bukan harga yang diletakkan pada rangking pertama dalam piramid penentu keputusan bisnes. Yang berada pada rangking pertama ialah jumlah bakal pelanggan yang dapat ditarik. Apabila anda melakukan pemasaran secara offline, majoriti rakyat dalam negara akan mengetahui usaha anda menjual produk anda. Bayangkan bagaimana jika anda memasarkan pemasaran secara online bagi produk sasaran peringkat lokal. Hanya orang yang melayari internet sahaja yang akan mengetahui mengenai produk anda.

Dalam post selepas ini, saya akan menerangkan mengenai piramid penentu keputusan bisnes. Nantikan post tersebut.